Umno tak pernah berubah
IPOH - Rakyat tidak akan terperangkap lagi dengan mainan politik perkauman dan agama oleh Umno.
Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, pimpinan Umno kini terpaksa mengeluarkan kenyataan yang bersifat terdesak menyentuh isu Melayu dan Islam untuk memastikan mereka kekal relevan.
Katanya, melihat kepada penganjuran Himpunan Melayu Bangkit di Kampung Gajah semalam, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dilihat cuba memperlekeh pemimpinan negara.
"Sebagai negarawan yang cintakan rakyat dan tanahair, ayahanda Tun Mahathir pastinya memilih untuk menumpukan segala usaha dan tenaga untuk memulihkan negara tercinta ini berbanding membuang masa melayan kutukan picisan daripada saudara Lokman," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Mohd Hafez berkata, Harapan Perak khususnya, akan menumpukan segala tenaga dan usaha untuk membina negara dan negeri ini.
Katanya, ia selari dengan hasrat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang mahu semua pihak menghentikan polemik politik dan bergerak ke hadapan untuk mengembalikan kegemilangan negara dan negeri ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment