'Anwar sudah dewasa, banyak pengalaman' - Tun M
BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin dan percaya bakal penggantinya sudah matang untuk menggantinya.
Dengan memegang janji Manifesto Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu mentadbir negara dengan baik.
"Saya telah terima janji dalam parti Pakatan Harapan iaitu saya akan jadi Perdana Menteri buat sementara.
"Saya yakin dia mampu mengadakan pentadbiran dengan baik," katanya menjawab persoalan pada Sesi Dialog bersama rakyat Malaysia di Brunei di sini, pada Ahad.
Tambahnya, beliau juga tidak perlu mengambil cuti selama dua bulan seperti yang dilakukan dalam menentukan penggantinya sebelum ini.
Komponen parti Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini memutuskan bahawa Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Anwar sebagai penggantinya.
Selain itu, mereka turut menetapkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan itu berjaya membentuk kerajaan pasca PRU14.
sumber: astroawani

"Walaupun angka yang disebut dua tahun dan selepas itu akan diambil alih oleh orang lain iaitu Datuk Seri Anwar, saya yakin dia sudah dewasa dan banyak pengalaman.
"Saya yakin dia mampu mengadakan pentadbiran dengan baik," katanya menjawab persoalan pada Sesi Dialog bersama rakyat Malaysia di Brunei di sini, pada Ahad.
Tambahnya, beliau juga tidak perlu mengambil cuti selama dua bulan seperti yang dilakukan dalam menentukan penggantinya sebelum ini.
Komponen parti Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini memutuskan bahawa Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Anwar sebagai penggantinya.
Selain itu, mereka turut menetapkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan itu berjaya membentuk kerajaan pasca PRU14.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment