Calon BN: Tunggu keputusan petang ini!
SEREMBAN - Keputusan sama ada BN akan meletakkan calon PRK Parlimen Port Dickson akan diputuskan dalam mesyuarat bersama Biro Politik Umno petang ini.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan ini kemudiannya akan dibawa dalam mesyuarat bersama pimpinan BN dijangka esok.
âApa yang pasti kita akan umumkan sama ada akan bertanding atau tidak sebelum penamaan calon Sabtu ini.
"Kita akan bincang dengan serius sama ada Umno atau BN mahu letakkan calon di situ sebab apa jua keputusan akan dibuat dalam mesyuarat Biro Politik Umno petang ini.
âSemua pandangan akan diambil kira,â katanya yang ditemui selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata jika parti pembangkang lain termasuk Pas mahu bertanding terpulang pada mereka.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Oktober depan, hari penamaan calon ditetapkan pada 29 September dan hari mengundi awal pada 9 Oktober.
Terdahulu, Parti Rakyat Malaysia dan calon Bebas mengumumkan akan bertanding pada PRK Port Dickson bagi menentang Anwar.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment