Bergelar Bapa, Sharnaaz Ahmad Akui Panas Baran Kurang
Pelakon Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang lantang bersuara sehinggakan sebelum ini beliau pernah mencetuskan persengketaan dengan beberapa selebriti dan peminat. Sharnaaz juga sangat sinonim dengan sifat baran dan kata-katanya yang bisa mampu membuatkan ramai terguris hati.
BACA:Â Pilih Jebat Jayden Ahmad Jadi Nama Anak
âSaya selalu cakap besar. Asal âsedapâ mulut kita saja, saya akan lontarkan pandangan saya. Tak kiralah orang nak setuju atau tidak, itu belakang cerita.
âOrang nak suka saya atau tidak sekalipun, tak pernah sedikit pun saya peduli. Yang penting saya puas hati,â katanya kepada Utusan Online.
Bagaimanapun, Sharnaaz memberitahu sifat panas barannya itu seakan-akan menghilang selepas beliau menimang cahaya mata dan bergelar seorang bapa. Kata Sharnaaz lagi, beliau kini lebih tenang dan kehadiran anaknya, Jebat Jayden membawa perubahan besar dalam hidupnya.
“Entahlah, tiba-tiba darah yang mudah menggelegak ini dah tak macam dulu lagi. Saya jadi lebih bertenang sekarang, mungkin disebabkan faktor usia kot.
âSaya dah masuk usia 33 pada tahun ini. Lagipun sudah ada anak, elok sangatlah kalau saya berubah,â katanya.
Biasalah darah muda menang pantang disentuh, pasti melenting. Selalunya bila ada anak, semuanya akan berubah menjadi lebih baik. Apa pun kami doakan yang baik-baik untuk keluarga kecil Sharnaaz dan Noor Nabila.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment