'Kembalikan bantuan Palestin'

Thursday, September 27, 2018

'Kembalikan bantuan Palestin'

'Kembalikan bantuan Palestin'

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan mengembalikan bantuan kepada rakyat Palestin kerana keputusan terbabit hanya menjejaskan penyelesaian dua negara dalam konflik berkenaan.

“Semua keputusan ini menunjukkan AS mengelak daripada komitmen terdahulu dan menjejaskan penyelesaian dua negara.

“Saya memperbaharui gesaan supaya Presiden Trump menarik balik keputusannya mengenai Baitulmaqdis, pelarian dan penempatan,” kata Abbas, ketika berucap dI Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Rundingan damai terakhir Palestin pada 2014 menemui kegagalan dan kemampuan Trump mencapai ‘perjanjian mutlak’ dipersoal kerana tindakan beliau mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Disember lalu dan memindahkan kedutaan AS ke bandar itu, Mei lalu. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment