Anak gajah jantan diselamatkan di Lahad Datu mati

Sunday, September 2, 2018

Anak gajah jantan diselamatkan di Lahad Datu mati

Anak gajah jantan diselamatkan di Lahad Datu mati

LAHAD DATU â€" Seekor anak gajah jantan yang diselamatkan di Hutan Simpan Ulu Segama, Lahad Datu pada Selasa lepas mati hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), Siti Nur'ain Ampuan Acheh berkata, anak gajah berusia kira-kira lima tahun itu mati kira-kira 8.20 pagi ketika dalam perjalanan ke Santuari Gajah Borneo, Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

"Bedah siasat yang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian mendapati haiwan tersebut mati disebabkan “septicemia” (keracunan darah) akibat kecederaan kesan daripada terkena perangkap," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 28 Ogos, seekor gajah jantan dilaporkan cedera selepas kaki kirinya di bahagian depan terkena perangkap dan pasukan dari SWD terdiri daripada seorang doktor veterinar dan renjer hidupan liar telah dihantar ke lokasi untuk menyelamatkan gajah yang cedera itu.

Gajah itu didapati mengalami luka yang parah dan mendalam yang telahpun merebak ke tulang selain keadaan badannya sangat lemah.

Kematian terbaharu ini menjadikan 25 ekor gajah dibunuh dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dengan kebanyakan gajah yang mati itu ditemukan sejak empat bulan lepas.- Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment