Tetak anak : Bapa direman tujuh hari
PUCHONG - Seorang bapa yang menetak anak kandungnya sampai mati di kediaman keluarga itu di Flat Puchong Permai, semalam, direman tujuh hari.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari.
"Reman terhadap suspek bermula hari ini sehingga Isnin depan.
"Jenazah mangsa akan dibawa dan dikebumikan di kampung ibunya di Kampung Kroh, Karak, Pahang petang ini," katanya.
[ ARTIKEL BERKAITAN : Bapa tetak anak sampai mati ]
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang, mangsa yang cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Ketika itu, hanya suspek yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun itu berada di rumah dan siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
Suspek mengaku dapat âarahanâ bunuh anaknya untuk jadi âkingâ.
Malah, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ujian air kencing suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).
Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment