Memang beruntung betul jika memiliki wajah seiras selebriti popular. Sebelum ini, seorang lelaki menjadi perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon Syafiq Kyle. Kali ini seorang lelaki ini popular kerana wajahnya seiras penyanyi Hael Husaini.

Lelaki tersebut Adam Zainee mengakui telah melakukan pembedahan di bahagian rahang kiri dan kanan, mencucuk botok untuk menaikkan pipi, membuat hidung, dagu dan bibir yang menelan belanja sebanyak RM45 ribu untuk mendapatkan wajah seperti Hael.



Menerusi Instagram, Adam turut kongsikan gambarnya meniru aksi Hael Husaini. Turut dikongsikan gambar wajahnya yang asal dan rata-rata netizen terkejut dengan perubahan ketara selepas pembedahan tersebut.



Namun seperti biasa perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang mengatakannya tidak bersyukur dengan ciptaan Tuhan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Adam bangga dengan dosa yang dilakukan kerana tidak ada perasaan malu untuk kongsikan kisahnya itu kepada umum.

Mungkin tidak tahan dikecam, Adam kemudian membalas komen-komen netizen dengan sindiran pedas.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada wajah mirip Hael itu adalah hasil dari pembedahan ataupun memang iras semula jadi. Tetapi jika benar dia melakukan pembedahan, mengapa dia memilih wajah Hael Husaini? Mengapa tidak David Beckham?