Merdekakan minda Orang Asli
PONTIAN - Tiada siapa boleh menidakkan peranan besar masyarakat Orang Asli dalam menyumbang kepada keamanan dan ketenangan yang dinikmati negara sehingga kini.
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, adalah wajar bagi rakyat Malaysia untuk mengenang dan menghargai jasa penduduk minioriti pribumi itu yang turut bersama-sama mempertahankan negara terutama semasa zaman pemberontakan komunis dari 1948 hingga 1960.
Ini khususnya Senoi Praaq â" sebuah pasukan keselamatan khas yang dianggotai suku kaum Orang Asli dan ditubuhkan pada 1956 oleh pihak berkuasa British bagi memerangi komunis â" yang tampil cemerlang dengan kepakaran mereka dalam menentang komunis di belantara.
Pada masa ini, sebahagian besar daripada 178,197 Orang Asli di 854 kampung di Semenajung Malaysia masih mengamalkan cara hidup tradisional. Penempatan mereka dengan kebanyakannya di pinggir hutan terus dipengaruhi alam sekitar dan amalan nenek moyang terutama kumpulan Negrito yang masih mengamalkan kehidupan semi nomad.
Masyarakat Orang Asli merupakan penduduk asal Semenanjung Malaysia tetapi realitinya, setelah 61 tahun negara mencapai kemerdekaan, tidak banyak yang berubah dengan mereka dilihat masih ketinggalan dalam semua bidang termasuk pendidikan dan pembangunan sosioekonomi.
Sehingga kini, hanya 987 Orang Asli yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan 87 orang lagi mendapat peluang menyambung pengajian di institusi luar negara manakala 6 orang lagi melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Doktor Falsafah.
Pemikiran ditawan
Halangan utama untuk membawa masyarakat Orang Asli ke hadapan adalah sikap mereka sendiri.
Mereka masih terkurung dalam âpemikiran ditawanâ yang menyebabkan mereka tidak berani untuk berubah, menurut Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Roslan Rosnon.
Pemikiran sedemikian umpama tembok pemisah yang perlu dipecahkan agar Orang Asli dapat turut dan berada dalam arus perdana serta memajukan diri serta komuniti seiring dengan pembangunan dan kemajuan yang dinikmati oleh kaum majoriti lain.
Perubahan minda itu bukan bererti menolak adat dan budaya yang menjadi amalan sebaliknya perlu disesuaikan dengan keadaan semasa agar lebih cepat dan mudah kemajuan itu diterima.
âIni akan menangkis tanggapan umum terhadap Orang Asli yang dilabelkan sebagai mundur dan menolak pembangunan,â kata Mohd Roslan yang bertugas di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM kepada Bernama.
Mohd Roslan, yang pernah menjalankan kajian perbandingan antara komuniti Orang Asli dan pribumi Australia, berkata penduduk Aboriginal And Torres Strait Islander di negara itu berani untuk berubah dan menerima arus perdana untuk terus maju.
âMereka bekerja keras untuk mengubah hidup dan berani meletakkan diri mereka dalam pembangunan arus perdana. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada kejayaan Orang Asli di Australia yang kini mampu bersaing dengan masyarakat lain dari segi, ekonomi, sosial dan pendidikan,â katanya sambil memberitahu bahawa terdapat kira-kira 200 etnik berdasarkan bahasa di Australia.
Walaupun mempunyai banyak subetnik, katanya, mereka mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memperjuangkan nasib agar mendapat hak dan kemajuan yang sama dengan penduduk Australia yang lain.
âMereka bersatu dalam memperjuangkan hak mereka, menyuarakan pendapat tanpa bantuan orang lain. Kekuatan ini tidak ada dalam masyarakat Orang Asli kita yang masih terpisah dari segi etnik (intraetnik).
âGerakan penyatuan masyarakat pribumi Orang Asli perlu dipupuk agar mereka dapat memperjuangkan nasib dan kepentingan mereka sebagai satu suara tanpa dibayangi subetnik dan orang lain,â katanya.
Minda 'tongkat'
Budaya âtongkatâ atau kebergantungan kepada kerajaan melalui bantuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Orang Asli.
Bermacam-macam bantuan disediakan termasuk pendidikan, kebajikan, ekonomi dan infrastruktur sehingga mereka dilihat terlalu âdimanjakanâ.
âDasar dan program yang dijalankan pihak kerajaan juga banyak memupuk pemikiran mereka supaya mereka dibantu daripada mengajar mereka berdikari. Ini juga menyebabkan daya ketahanan sosial, ekonomi dan moral Orang Asli untuk bersaing menjadi lemah kerana mereka merasakan mereka sentiasa perlu dibantu,â katanya.
Sikap terlalu bergantung itu juga menyebabkan mereka mudah dieksploitasi pihak luar, katanya sambil menjelaskan bahawa ia mempunyai kaitan dengan budaya dalam masyarakat Orang Asli yang suka berhibur atau hedonisme.
Menurut Mohd Roslan, kajiannya bersama-sama pasukan penyelidik UPM tentang budaya konsumerisme dalam kalangan masyarakat Orang Asli, yang melibatkan 1,477 responden, menunjukkan 17 peratus dalam kalangan mereka menghabiskan wang untuk berjudi ânombor ekorâ.
Sebanyak 15.6 peratus pula menghabiskan wang untuk membeli minuman alkohol manakala 3.5 peratus dihabiskan dengan berjudi sementara 0.1 peratus untuk dadah.
âIni memberikan gambaran negatif dan membimbangkan dalam kalangan Orang Asli yang boleh memberi kesan tidak baik dalam kehidupan mereka. Ini juga akan membantutkan usaha membawa masyarakat Orang Asli ke hadapan,â katanya.
Perlu berdikari
Senator Isa Ab Hamid, yang mewakili masyarakat Orang Asli di Dewan Negara, bersetuju supaya masyarakat Orang Asli tidak harus bergantung kepada subsidi dan bantuan sebaliknya perlu belajar untuk berdikari.
Isa, daripada kumpulan etnik Melayu Proto, berkata dalam penjelajahannya mendekati masyarakat Orang Asli, beliau mendapati ada sebahagian kecil daripada mereka yang mampu berdikari dan tidak perlu lagi dibantu.
Sudah tiba masanya kerajaan memberi bantuan bersasar kepada masyarakat Orang Asli agar ia dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
âAda Orang Asli yang mengambil kesempatan dengan mengharapkan segala macam bantuan daripada kerajaan sedangkan mereka sudah boleh berdikari dan mampu bersaing di arus perdana dengan memperoleh pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan keluarga.
âApabila tidak menerima bantuan, mereka persoalkan hak dan keistimewaan mereka sebagai Orang Asli padahal mereka berkemampuan.
âJAKOA perlu melihat perkara ini agar kumpulan di pedalaman Kelantan, Perak dan Pahang dapat dibantu dan dikeluarkan daripada kemiskinan supaya mereka boleh berdikari pula,â katanya kepada Bernama di Kampung Baru, Kuala Benut, Johor baru-baru ini.
Pendidikan, keusahawan dapat ubah sikap
Isa berkata hanya melalui pendidikan dan keusahawanan yang dapat mengubah sikap dan memperkasa Orang Asli untuk bersaing dengan masyarakat arus perdana.
âIni dibuktikan di Kampung Baru, Kuala Benut yang didiami lebih 200 penduduk etnik suku Kuala. Kesedaran orang kampung tentang pentingnya pendidikan telah melahirkan generasi terpelajar selain melihat bidang keushawanan sebagai alat membawa mereka keluar daripada kemiskinan,â katanya.
Terdapat kira-kira 20 usahawan Orang Asli di kampung itu dengan ada di antara mereka mampu menjana pendapatan lebih RM5,000 sebulan.
âDengan adanya pendidikan peringkat tinggi, mereka boleh memilih kerjaya yang lebih baik, tidak mudah ditipu dan dimanupulasi pihak lain. Di kampung ini sahaja, 20 orang telah mendapat pendidikan sehingga universiti.
âBidang keushawanan yang diceburi penduduk kampung pula membolehkan mereka hidup berdikari dan dapat mengurangkan kebergantungan mereka kepada bantuan dari kerajaan,â katanya sambil memberitahu bahawa kesedaran melalui motivasi perlu diingkatkan dalam kalangan generasi muda Orang Asli agar mereka dapat membawa perubahan masa depan.
Usaha mengubah masyarakat Orang Asli perlu dibantu melalui penerimaan masyarakat dengan membuang sikap prajudis terhadap Orang Asli yang ingin berubah.
âWalaupun lebih separuh abad negara mencapai kemerdekaan, diskrimisasi dalam pemikiran masyarakat umum terhadap Orang Asli masih berlaku berdasarkan kepada warna kulit, rambut dan kepercayaan hingga isu Orang Asli kurang diberi perhatian.
âNamun, mereka (Orang Asli) mampu berubah menerusi pendidikan...inilah kemerdekaan sebenar yang ingin dilihat dalam kalangan komuniti Orang Asli,â katanya. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment