Pendukung watak Heimdall dalam filem adiwira tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa dia bakal mendukung watak James Bond, ejen perisik berbangsa Inggeris menerusi naskhah francais popular berkenaan.
Kicauan itu dimuat naik oleh Idris selepas beberapa hari penerbit filem James Bond, Barbara Broccoli memuat naik status di laman Twitter miliknya berbunyi, “Sudah tiba masanya pelakon berkulit hitam membawa watak Bond.”
Sejak 2014, nama Idris disebut-sebut akan menggantikan posisi Daniel Craig selepas tersebar syot layar (screen shot) e-mel yang mendedahkan mengenai pemilihannya dalam filem aksi dan penyiasatan itu.
Apatah lagi pada 2015, Craig pernah mengumumkan dia enggan terbabit dalam naskhah Bond yang baharu, namun dia menarik balik keputusannya tidak lama selepas itu. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment