Bapa Tetak Anak Kandung Sampai Mati
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut di tetak bapa kandungnya ketika mangsa sedang tidur di kediaman milik keluarganya di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari, mangsa yang dipercayai ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pengelangan tangan kanan disahkan meninggal di lokasi kejadian.
Tambahnya lagi, bapa mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai seorang rela itu menetak anak kandungnya dengan menggunakan sebilah parang.
âSelepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya di luar pintu rumah dan dia mengurung diri di dalam.
âPolis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya adalah mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,â katanya kepada Berita Harian.
Suspek juga mengakui membunuh anak kandungnya, selepas mendakwa dia mendengar suara ghaib yang meminta untuk membunuh anaknya sendiri.
âSiasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).
âSuspek sudah pun ditahan dan kita turut menemui parang yang digunakan dalam kejadian itu. Kes dianggap selesai,” tambahnya.
Kes bagaimanapun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment