Rakan syor dan sokong saya tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO
KOTA BHARU: Hasrat Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini dibuat atas syor rakan dalam pimpinan UMNO sendiri.
Pengesyoran untuk bertanding jawatan itu jelasnya turut mendapat sokongan dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menyatakan keputusan menawarkan diri bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti keramat Melayu itu selepas melihat UMNO memerlukan pemulihan yang sangat besar.
"Saya mendapat sokongan rakan dalam UMNO dan Hishammuddin sendiri mengesyorkan saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Bagaimanapun menurut Annuar, beliau mengharapkan pemilihan kali ini tidak dijadikan medan untuk berpuak-puak semata-mata mahu meraih sokongan dan apa yang penting tidak menggunakan wang untuk merebut jawatan.
Ujarnya, rakyat melihat perkembangan UMNO dan sudah pasti mereka tidak mahu perjalanan pemilihan kepimpinan parti masih ditakuk lama yang dicemari dengan pelbagai unsur tidak sihat.
sumber: astroawani

Menurutnya, kesanggupan itu juga dibuat selepas pertemuan empat mata dengan Hishammuddin yang menyatakan sokongan selepas Ahli Parlimen Sembrong itu tidak bertanding sebarang jawatan tertinggi parti.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menyatakan keputusan menawarkan diri bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti keramat Melayu itu selepas melihat UMNO memerlukan pemulihan yang sangat besar.
"Saya mendapat sokongan rakan dalam UMNO dan Hishammuddin sendiri mengesyorkan saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Bagaimanapun menurut Annuar, beliau mengharapkan pemilihan kali ini tidak dijadikan medan untuk berpuak-puak semata-mata mahu meraih sokongan dan apa yang penting tidak menggunakan wang untuk merebut jawatan.
Ujarnya, rakyat melihat perkembangan UMNO dan sudah pasti mereka tidak mahu perjalanan pemilihan kepimpinan parti masih ditakuk lama yang dicemari dengan pelbagai unsur tidak sihat.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment