Trump ubah suai rekod perubatan?
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Doktor Harold Bornstein yang merawat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sejak tahun 1980 mengaku bahawa dia tidak menulis surat mengisytiharkan kesihatan jutawan dari New York itu pada 2015.
Surat tersebut ditulis ketika Trump secara rasmi mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pemilihan presiden AS 2016.
Dalam surat berkenaan, Bornstein mengisytiharkan kesihatan Trump berada pada tahap âluar biasa cemerlangâ tanpa memperincikan bukti perubatan.
Ia dianggap ganjil kerana hanya menyebut ketinggian, berat badan dan ubat-ubatan yang pernah diambil Trump.
Surat tersebut kemudian diedarkan oleh pasukan kempen Trump.
âKeseluruhan isi surat berkenaan diubah suai dan ditulis atas arahan Trump. Saya tidak banyak bunyi, sebaliknya ikut sahaja rancangannya,â dedah Bornstein.
Dalam pada itu, Bornstein turut mendakwa bahawa beberapa pengawal peribadi Trump menyerbu pejabatnya pada Februari tahun lalu dan membawa lari semua rekod perubatan Trump.
Difahamkan, beberapa minggu selepas surat berkenaan didedahkan kepada umum, Trump telah memuat naik status memuji laporan kesihatan Bornstein di Twitter sebagai âsatu kesempurnaanâ.
Trump, 71, adalah individu paling tua dilantik presiden dalam sejarah AS. - CNN
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment