TFC 1 kempunan kutip mata penuh di laman sendiri
PASUKAN Terengganu Football Club (TFC) kempunan lagi mengutip mata penuh perlawanan apabila ditundukkan dengan mudah oleh pasukan Pahang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, semalam.
Ini kekalahan kedua TFC 1 di laman sendiri selepas kekalahan dengan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0 pada 10 Mac lalu manakala perlawanan pada Jumaat lalu TFC 1 hanya seri 1-1 dengan pasukan Kedah.
Ketua Jurulatih, Irfan Bakti berkata, anak buahnya dilihat gagal mengawal perlawanan pada masa pertama perlawanan menyebabkan pasukan lawan dengan mudah menjaringkan gol.
âMereka terlampau senang kena âmakanâ .. 3 mata yang dijaringkan pasukan lawan adalah skil individu. Ini tak seharusnya berlaku. Kemudian saya masukkan Faiz (Mohd Faiz Mohd Nasir) dan Ashari (Mohamad Ashari Samsudin) pada masa kedua sebab serangan terlalu âperlahanâ, selepas itu baru nampak agresif.
âTapi tak bermaknalah sebab kalau nak mata kena agresif dari separuh masa pertama,â katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan itu, semalam.
Pada aksi kelapan Liga Super itu semalam, gol pertama Pahang dihadiahkan pemain import, Patrick Dos Santos pada minit ke-37.
Skuad Penyu cuba bangkit pada babak kedua namun dilihat masih 'longlai' dan hampir memberi mata kepada Pahang menerusi rembatan kencang Mohamadou Sumareh pada minit ke-47 ke gol tuan rumah.
Mereka dihukum lagi selepas penyerang kelahiran Brazil, Patrick kembali menjaringkan gol kedua skuad Tok Gajah pada minit ke-52.
TFC 1 hanya berjaya menjaringkan gol sagu hati menerusi sepakan penalti Lee Andrew Tuck pada minit ke-72 selepas pemain Pahang, Mohd Faisal Mohd Rosli menjatuhkan Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri di dalam kotak penalti.
Gol ketiga Tok Gajah yang hadir pada masa kecederaan dihadiahkan pemain gantian, Mohd Faisal Abdul Halim terus membawa kesengsaraan kepada pasukan TFC 1.
Mengulas lanjut Irfan berkata ketiadaan ketua pasukan Kipre Tchetche yang kini sedang berehat ekoran kecederaan ketika perlawanan menentang Melaka United juga dilihat menjadi faktor kekalahan pasukan itu.
"Kami amat terasa ketiadaan beliau. Walaupun kami telah mengggantikan tempat beliau buat sementara waktu dengan Akanni Sunday, tapi kami berharap beliau cepat sembuh bagi perlawanan menentang Perak selepas ini," katanya. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment