Sebab sudah jadi kes mahkamah: Anuar Zain

Wednesday, May 2, 2018

Sebab sudah jadi kes mahkamah: Anuar Zain

Sebab sudah jadi kes mahkamah: Anuar Zain

BINTANG popular menerusi lagu Keabadian Cinta, Anuar Zain enggan memberikan sebarang komen perihal rumah tangga kakaknya, Ziana Zain.

Sebaliknya terus menyokong kakaknya dengan apa jua kata putus yang diambil.

"Tiada sebarang komen lanjut berkenaan isu ini, sebab ia sudah menjadi kes mahkamah.

"Sebagai adik seorang adik saya sentiasa menyokong apa jua keputusan yang dilakukan kerana dia merupakan ahli keluarga saya.

"Sementara itu, saya juga menghormati Armin sebagai abang ipar kerana dia juga sebahagian dalam keluarga," ujar Anuar kepada Astro Gempak.

Pada masa yang sama, Anuar Zain atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain, 48, berkata, orang ramai hendaklah memberikan ruang buat Ziana untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

"Saya berharapa orang ramai berikan Ziana Zain ruang dan waktu baginya menyelesaikan isu ini supaya dia tidak mengalami tekanan," katanya.

Terdahulu, isu rumah tangga Ziana Zain mula menarik perhatian orang ramai selepas Armin didakwa pada awal Mac atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu.

Untuk rekod, penyanyi wanita itu juga telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, awal April lalu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment