Ramadan sambut kepulangan Anwar

Wednesday, May 16, 2018

Ramadan sambut kepulangan Anwar

Ramadan sambut kepulangan Anwar

PETALING JAYA - Kepulangan Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Ramadan disifatkan adalah bukti kebangkitan rakyat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, siapa sangka selepas 20 tahun berbekal satu simbol dan tekad rakyat telah membebaskan Malaysia dan juga Anwar sekali gus.

"Kepulangan ayahanda Anwar ke pangkuan rakyat sangat kita nantikan menjelang Ramadan. Kita jangkakan bebas 8 Jun 2018 namun perancangan ALLAH lebih baik.

"Pembebasan Anwar jadi simbol pembebasan rakyat. Malah pembebasan Anwar dan juga peralihan kerajaan ini kerana kuasa rakyat," katanya dalam ucapan Himpunan Merdeka Rakyat di sini, malam ini.

Nurul Izzah berkata, Harapan berjuang dalam gerakan  reformasi untuk selamatkan ekonomi rakyat.

"Mulai 1 Jun ini kita tidak lagi terkesan  dengan cukai GST.

"Hari ini kita tampil sebagai kerajaan yang takut akan rakyat,  bukan rakyat takut dengan kerajaan. Kita akan bina negara dan kerajaan yang sayangkan rakyat," ujarnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment