PENDAFTAR Pertubuhan (ROS) hari ini meluluskan permohonan Pakatan Harapan (PH) sebagai parti gabungan.
Perkara itu disahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri ketika berucap pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, malam ini.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim berhubung kelulusan permohonan itu.
âÂÂMalam ini saya mengumumkan sebagai Menteri KDN, suatu keputusan yang sudah lama ditunggukan, tanpa membabitkan saya kerana saya belum mengangkat sumpah.
âIngin saya maklumkan, permohonan PH untuk didaftarkan, diluluskan hari ini. Ketua Setiausaha KDN sudah memaklumkan saya tadi,â katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, status PPBM sebagai sebuah pertubuhan sudah disahkan dan kini boleh menjalankan pelbagai program berkaitan politik tanpa masalah.
Sebelum ini, permohonan PH untuk didaftarkan sebagai sebuah gabungan tidak dapat diluluskan oleh ROS kerana masalah status PPBM.
PH adalah gabungan parti politik membabitkan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PPBM.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment