Diskaun 90 peratus!
PLATFORM e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta sempena melancarkan Kempen Cahaya Raya yang akan berlangsung bermula 3 Mei hingga 17 Jun, dengan potongan harga sehingga 90 peratus melibatkan 100,000 produk.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, 100,000 produk yang ditawarkan terdiri daripada pelbagai kategori seperi Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan Rumah dan Ruang Tamu dan banyak lagi.
Menurutnya, Shopee menjalankan kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya melibatkan 140,000 pengguna dari seluruh Malaysia.
âKami merancang Kempen Cahaya Raya berdasarkan hasil kaji selidik tersebut. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang diintegrasikan dalam gaya hidup rakyat Malaysia, mereka mula mengubah tabiat membeli-belah dari luar talian ke dalam talian.
âShopee turut bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Nestle, XES Shoes, honor Malaysia, Maybelline, Watsons, ASUS, Petpet, Universal Traveller dan banyak lagi untuk menawarkan pelbagai jualan hebat sepanjang waktu kemuncak Kempen Cahaya Raya dari 3 hingga 6 Mei dan dari 24 hingga 27 Mei,â katanya.
Ho berkata, sepanjang kempen itu, pengguna Shopee berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan lain-lain yang bakal memeriahkan lagi sambutan Raya kali ini.
Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menikmati tawaran dan promosi hebat tanpa had dari semua kategori yang membariskan lebih 60 jenama terkenal termasuk Fesyen & Aksesori Wanita dan Lelaki, Kesihatan & Kecantikan, dan jualan kilat akan dilancarkan lima kali sehari.
Bermula 19 April, anda boleh meninjau sendiri antara koleksi daripada Kempen Cahaya Raya akan datang, muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store dan Google Play.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment