3 pesanan buat pengundi Tionghua Johor

Wednesday, May 2, 2018

3 pesanan buat pengundi Tionghua Johor

3 pesanan buat pengundi Tionghua Johor

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyampaikan tiga pesanan kepada pengundi Tionghua di negeri itu sebelum mereka memilih kerajaan pada 9 Mei ini.

Beliau yang juga calon bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas berkata, pesanan disampaikan itu bagi memastikan masyarakat Tionghua dapat bersama-sama meningkatkan kejayaan Johor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

"Pada masa sama, saya ingin ingatkan masyarakat Tionghua, apa saja kita (kerajaan negeri) buat kerana mahu wujudkan perseimbangan, maka penting untuk pastikan ada wakil masyarakat Tionghua sebagai sebahagian dalam kerajaan.

"Kedua, saya ingin melihat pada PRU-14 ini, ada wakil masyarakat Tionghua boleh dilantik dalam kerajaan. Jadi, anda semua yang tentukan sama ada ia jadi atau tidak," katanya berucap pada majlis perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) Cina dekat Masai, di sini.

Yang turut hadir, calon BN bagi kerusi DUN Johor Jaya, Datuk Tan Cher Puk.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata, jika mereka salah membuat pilihan pada PRU-14 kali ini, pasukan kerajaan yang dibentuk tidak akan diwakili masyarakat Tionghua.

"Ketiga, saya harap masyarakat Tionghua menjadilah sebahagian 'Team Johor' untuk mengangkat aspirasi Johor menjadi kuasa ekonomi baharu Malaysia. Inilah tiga pesanan saya pada masyarakat Tionghua pada PRU-14 ini," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment