PRU-14: DAP Sarawak pertaruhkan tiga muka baharu

Monday, April 23, 2018

PRU-14: DAP Sarawak pertaruhkan tiga muka baharu

PRU-14: DAP Sarawak pertaruhkan tiga muka baharu

KUCHING: DAP Sarawak hari ini mengumumkan akan bertanding di sembilan daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Chong Chien Jen berkata, muka baharu yang ditampilkan ialah Dr Kelvin Yee Lee Wuen bagi kerusi Parlimen Bandar Kuching, Paren Nyawi (Parlimen Kapit) dan Tony Chan Yew Chiew (Parlimen Bintulu).

Katanya, beliau sendiri akan berpindah dari kerusi Parlimen Bandar Kuching, dan akan bertanding di kerusi Parlimen Stampin.

Beliau berkata demikian semasa mengumumkan senarai calon pada majlis ceramah di luar perkarangan Pejabat DAP di Batu Kawa di sini, malam ini.

Menurutnya, di bahagian tengah Sarawak pula, DAP akan mempertaruhkan tiga penyandangnya yang terdiri daripada Alice Lau di kerusi Parlimen Lanang, Oscar Ling (Parlimen Sibu), dan Wong Lin Biu (Parlimen Sarikei).

Dua lagi calon DAP terdiri daripada Mordi Bimol (Parlimen Mas Gading), dan Edward Andrew Luwak (Parlimen Serian), kedua-duanya pernah bertanding di kawasan berkenaan pada PRU-13. - BERNAMA



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment