Alfie pergi jua
LONDON - ENGLAND. Bayi berusia 23 bulan, Alfie Evans yang bergelut dengan penyakit degeneratif dan pernah menarik perhatian antarabangsa meninggal dunia awal hari ini.
Pengumuman itu dibuat bapanya, Tom Evans di Facebook dan berkata hatinya hancur dengan kematian anak lelakinya itu.
Alfie mengalami penyakit degeneratif yang jarang dihidapi dan dalam keadaan separa koma selama lebih setahun.
Selepas satu siri perbicaraan mahkamah, Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool, menanggalkan alat sokongan hidup bayi itu Isnin lalu.
Keputusan itu ditentang ibu bapanya.
Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.
Kes yang menyentuh perasaan masyarakat antarabangsa ini sekali gus menimbulkan persoalan sama ada hakim, doktor atau ibu bapa mempunyai hak untuk memutuskan hidup mati seorang kanak-kanak.
Ibu bapa Alfie disokong oleh Paus Francis dan Presiden Poland, Andrzej Duda. - Reuters
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment