90 peratus calon PAP keluar parti

Monday, February 26, 2018

90 peratus calon PAP keluar parti

90 peratus calon PAP keluar parti

GEORGETOWN - Sebanyak 90 peratus calon Parti Rakyat Alternatif (PAP) yang akan bertanding pada PRU14, menarik diri dan keluar parti selepas kecewa dengan sikap segelintir pemimpin dalam parti tersebut.

Daripada peratusan itu, 25 bakal calon PAP Pulau Pinang menarik diri untuk bertanding di negeri ini, sekali gus mengisytiharkan keluar parti.

Difahamkan, calon dari Kedah dan Perak turut mengambil keputusan sama dan dijangka disusuli Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Bekas presidennya, Zulkifli Mohd Noor berkata, perkara itu berlaku selepas pihaknya mengetahui wujud satu senarai jawatankuasa baharu yang ditubuhkan oleh bekas setiausaha parti itu yang disingkirkan kerana masalah disiplin.

“Dalam diam, beliau telah menubuhkan satu jawatankuasa baru dan senarai itu telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Setelah siasatan dibuat, RoS mengarahkan pemilihan CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat) baru diadakan semula menggunakan senarai 2016 dan 2017,” katanya kepada media tadi.

Zulkifli yang juga bekas Naib Pengerusi DAP berkata, beliau dan rakan-rakannya belum bercadang untuk menubuhkan parti baharu memandangkan PRU14 akan diadakan tidak lama lagi.

Selain Zulkifli, antara pemimpin CEC lain yang meletakkan jawatan dan keluar parti adalah Timbalan Presiden, Lim Tow Leang; Naib Presiden, Angeline Ong; Setiausaha Organisasi, Rahmad Isahak, Bendahari, Zulinda Zulkifli dan Penolong Setiausaha Agung 2, Noor Mohamed.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment