142 ditahan dalam Op Sarang

Tuesday, February 27, 2018

142 ditahan dalam Op Sarang

142 ditahan dalam Op Sarang

JOHOR BAHRU - Seramai 142 orang ditahan termasuk dua wanita tempatan dalam serbuan Op Sarang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Johor dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman di Kampung Melayu Pandan dan Kampung Ubi, di sini, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 4 pagi hingga 12.50 tengah hari itu turut mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membabitkan keseluruhan 16 pegawai dan 68 anggota.

Ketua Penolong Pengarah STING Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Baharom Othman berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 60 tahun.

“Daripada jumlah yang ditahan, seramai 105 didapati positif dadah pelbagai jenis dan mereka disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Manakala tiga kes tangkapan pula kerana memiliki dadah disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Baharom menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempertingkatkan usaha membanteras penyalahgunaan dadah secara menyeluruh termasuk penagih dan pengedar di peringkat jalanan.

Menurutnya, operasi yang diperkenalkan sejak 2015 itu berjaya mengurangkan sarang penyalahgunaan dadah dalam tempoh beberapa tahun lalu termasuk di Johor.

“Polis membanteras penyalahgunaan dadah ini secara menyeluruh termasuk penagih, penjual dan pengedar dadah jalanan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment