Pelakon Sharifah Sakinah antara selebriti wanita yang memang menjaga kesihatan fizikalnya. Jika anda mengikuti laman Instagram miliknya, memang Sakinah sering memuat naik video aktivitinya ketika di gim.

Walaupun sudah bergelar ibu kepada Anais Adha, bentuk badannya masih kekal seperti anak dara.



Mesti ramai yang nak tahu apa rahsia Sakinah boleh kekal langsing selepas bersalin.

Baru-baru ini, Sakinah kongsikan rahsianya kekal kurus dan boleh diamalkan oleh setiap wanita yang impikan bentuk badan idaman.


Rupanya, setiap pagi Sakinah amalkan minum 1 liter air putih setiap pagi sebelum makan.

“Benda pertama saya lakukan setiap pagi ialah minum 1 liter air sebelum makan. Ia akan meningkatkan metabolisma. Bukan itu je, ia untuk cantikkan kulit.

“Perkara kedua, saya akan lari 30 minit 3 kali seminggu. Perkara ketiga, bila saya makan, saya akan makan. Kemudian saya akan elakkan nasi, kerbohidrat.”

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah