Ops judi: Punya panik sampai rempuh motosikal

Saturday, January 6, 2018

Ops judi: Punya panik sampai rempuh motosikal

Ops judi: Punya panik sampai rempuh motosikal

SEREMBAN - Gara-gara terlalu panik, seorang lelaki yang berada di sebuah kedai nombor ekor di pekan Senawang di sini, cuba melarikan diri sehingga merempuh dua buah motosikal sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tindakan cekap anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berjaya menahan lelaki terbabit dalam Ops Tikam bermula jam 5 petang hingga 7 malam tadi.

Ketua Unit Bahagian Penguatkuasa JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata, lelaki berusia 30 tahun itu cuba bertindak agresif sebaik ditahan, sehingga menyebabkan seorang anggota penguatkuasa cedera ringan.

Menurutnya, lelaki berkenaan antara 14 yang ditahan berusia 30 hingga 60 tahun dibeberapa lokasi perjudian nombor di daerah ini dan Senawang.

"Alasan lelaki itu cuba melarikan diri kerana takut aktiviti negatifnya terbongkar. Seorang lelaki warga Indonesia pula diserahkan kepada  Jabatan Imigresen negeri kerana paspot telah tamat tempoh.

"Kesemua ditahan mengikut Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2004, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,"katanya ketika ditemui di pejabatnya.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment