Mangsa banjir Mersing terus meningkat

Monday, January 1, 2018

Mangsa banjir Mersing terus meningkat

Mangsa banjir Mersing terus meningkat

MERSING - Jumlah mangsa banjir di daerah ini terus meningkat kepada 339 orang apabila beberapa lagi kawasan turut dinaiki air, malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor, Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata laporan sehingga jam 8 pagi tadi, sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara telah dibuka sejak petang semalam.

"Setakat jam 8 pagi ini seramai 339 mangsa daripada 84 keluarga di daerah ini telah dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara yang dibuka.

"Keadaan cuaca masih hujan di Mersing jadi pemantauan oleh agensi-agensi terlibat dan Pejabat Daeerah Mersing dijalankan secara berterusan," katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.

Bomba Endau menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Kelantan untuk di pindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Memetik laporan yang dikeluarkan APM, terdapat pertambahan kawasan yang terjejas iaitu Kampung Tanjung Genting, Kg Kelantan, Kg Air Tawar, Kg Pengkalan Batu, Kg Air Merah dan Kg Jemari.

Kenaikan paras air dipercayai ekoran hujan lebat yang bertembung dengan air pasang besar lewat malam tadi.

Kawasan yang terjejas semalam iaitu Taman Seri Nakhoda 1, Kg Air Papan, Kg Tanjung Genting dan Kg Tenglu Besar masih belum pulih setakat jam 9 pagi ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mersing telah menyerahkan bantuan kperluan asas termasuk tikar, selimut, kit bencana, tuala, kain batik, kain pelikat serta makanan kering ke semua pusat pemindahan.

Agensi terlibat selain APM dan JKM ialah Pejabat Daerah Mersing; Klinik Kesihatan; Polis; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Rela; Jabatan Pengairan dan Saliran; Jabatan Kerja Raya dan JKKK.

Jalan Jemaluang-Mersing dihadapan SMK Anjung Batu yang ditutup semalam ekoran dilimpahi air telah dibuka kepada kenderaan ringan.

Berikut tujuh pusat pemindahan sementara yang dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir di kediaman mereka.

1) PPS: Balairaya Taman Nakhoda

  • Tarikh Buka:
  • 01.01.2018@1345H
  • Keluarga : 3
  • Mangsa : 8

2) PPS: SK Air Papan

  • Tarikh Buka:
  • 01.01.2018@1615H
  • Keluarga : 31
  • Mangsa : 107

3) PPS: SK Tenglu

  • Tarikh Buka:
  • 01.01.2018@1630H
  • Keluarga : 23
  • Mangsa : 100

4) PPS: Balairaya Serbaguna Kg Benaung

  • Tarikh Buka:
  • 01.01.2018@1645H
  • Keluarga : 6
  • Mangsa : 40

5) PPS: PPK Endau

  • Tarikh Buka :
  • 01.01.2018@1720H
  • Keluarga : 11
  • Mangsa : 39

6) PPS: Balairaya Pengkalan Batu

  • *Mangsa akan dipindahkn ke Sekolah Agama Pengkalan Batu pagi esok
  • Tarikh Buka:
  • 01.01.2018@2300H
  • Keluarga: 5
  • Mangsa: 20

7) PPS: Balairaya Kg Air Merah

  • Tarikh Buka:
  • 01.01.2018@2350H
  • Keluarga: 5
  • Mangsa: 25

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment