Mahfuz perlu bertanggungjawab janjinya dengan Allah

Monday, January 1, 2018

Mahfuz perlu bertanggungjawab janjinya dengan Allah

Mahfuz perlu bertanggungjawab janjinya dengan Allah

KANGAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar perlu bertanggungjawab atas baiah yang dilafazkannnya selepas bertindak keluar daripada PAS.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata parti berkenaan tidak terjejas dengan tindakan Mahfuz itu, sebaliknya meminta bekas Naib Presiden PAS itu menilai semula janji yang dilafaznya.

"Kita tidak terkesan, jika ada (kesan) sekali pun, kita hanya kehilangan empat orang ahli PAS yang keluar parti iaitu ahli keluarganya sendiri.

"Saya cuma minta Mahfuz bertanggungjawab dengan Allah kerana segala pendapatannya melalui jawatan Ahli Parlimen selepas keluar PAS adalah haram seperti mana diakui dalam baiah," katanya, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Markas PAS Padang Pauh Utara, di sini.

Hashim berkata, PAS tidak sesekali memusuhi Mahfuz walaupun dengan tindakannya keluar daripada parti berkenaan.

"Kita tidak memusuhi Mahfuz mahupun bekas pemimpin lain yang memilih untuk keluar daripada PAS.

"Kita berharap mereka sedar dengan tindakan itu dan jika mereka mahu kembali, kita sudi menerima mereka semula," katanya.

Semalam Mahfuz mengumumkan keluar daripada PAS yang disertainya 34 tahun lalu, selepas gagal menjadi penghubung kepada kesepakatan PAS dan Pakatan Harapan.

Sebelum ini seorang lagi wakil rakyat PAS Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, mengumumkan keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment