Kadar dividen SSPN1M empat peratus

Monday, January 29, 2018

Kadar dividen SSPN1M empat peratus

Kadar dividen SSPN1M empat peratus

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan dividen empat peratus bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) 2017.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kadar itu merangkumi dua produk simpanannya iaitu SSPNM-i dan SSPNM-i Plus.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM92.56 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih 3.2 juta pendeposit SSPN1M.

"Kadar empat peratus dividen SSPN1M 2017 ini berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang telah diterima PTPTN. Kami masih dapat mengekalkan kadar dividen SSPN1M yang diberikan seperti tahun sebelumnya walaupun 2017 adalah tahun yang mencabar," katanya dalam sidang media hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment