Dua kampung terputus hubungan

Monday, January 1, 2018

Dua kampung terputus hubungan


Jerantut: Dua kampung di daerah ini terputus hubungan selepas jalan utama ke kampung terbabit dinaiki air berikutan hujan lebat sejak Jumaat lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusof berkata, laluan itu mula dinaiki air pagi tadi dan terputus hubungan sepenuhnya jam 11 pagi semalam.

“Kampung yang terjejas ialah Kampung Teresek membabitkan enam rumah didiami sembilan keluarga dan Kampung Belebar iaitu enam keluarga yang mendiami empat rumah.

“Buat masa ini, mereka masih berada di kediaman masing-masing dan proses untuk menghantar bantuan seperti bekalan makanan sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama agensi berkenaan lain melakukan pemantauan di kampung terbabit.

Katanya, belum ada pusat pemindahan sementara dibuka di negeri ini walaupun keadaan cuaca tidak menentu sejak dua hari lalu.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Pelancongan Mutiara Taman Negara Resort (MTNR), Sabri Abdullah, 40, berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk memindahkan pelancong sekiranya keadaan bertambah buruk.

“Ketika ini kita masih memantau paras air dan sekiranya ia menunjukkan trend menaik, kita akan bersiap sedia untuk memindahkan pelancong bagi mengelakkan mereka terperangkap.

“Saya difahamkan kampung yang terputus hubungan itu terletak di kawasan rendah dan limpahan air dari Sungai Tembeling menyebabkan jalan utamanya ditenggelami air,” katanya.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment