'Perjuangan dakwah tak akan terhenti'

Tuesday, January 9, 2018

'Perjuangan dakwah tak akan terhenti'

'Perjuangan dakwah tak akan terhenti'

PASIR MAS - Setelah 24 tahun berkhidmat di Masjid Al-Jalil Mukim Kasar sebagai imam, Zakaria Sulaiman, 64, akhirnya akur bersara dan melepaskan jawatan tersebut.

Bapa kepada 10 orang anak itu sangat disenangi dan dikasihi ahli jawatankuasa masjid serta jemaah sepanjang perkhidmatannya.

Sikapnya yang menyenangkan dan mudah mesra akan sentiasa diingati serta dikenang mereka yang pernah berurusan dengannya.

Zakaria yang berasal dari Kampung Banggol, Pengkalan Batu berkata, selepas bersara, dia kini fokus kepada kelas mengaji di Pondok Lubok Tapah di sini sebagai tenaga pengajar.

“Walaupun tak lagi jadi imam, saya tetap ingin menabur bakti kepada agama dan masyarakat.

Zakaria (tengah, duduk) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa masjid semasa majlis meraikan persaraannya.

“Dalam usia sekarang, saya tetap bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja dakwah yang sudah sebati dalam diri,” katanya.

Menurutnya, dia juga ingin fokus kepada keluarga dengan meluangkan lebih masa bersama isteri, anak-anak serta cucu.

Katanya, sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai imam banyak pengalaman yang sukar dilupakan.

"Menjadi tempat rujukan anak-anak mukim menyebabkan saya perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan baik dari segi mental dan fizikal.

“Alhamdulillah sepanjang berkhidmat saya berjaya melaksanakan amanah sebaik mungkin. Terima kasih semua anak mukim serta ahli jawatankuasa masjid yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan,” katanya.

Sebelum itu, Zakaria diraikan dalam satu majlis cukup meriah sempena persaraan beliau yang dianjurkan ahli jawatankuasa Masjid Al-Jalil Mukim Kasar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment