Sembunyi syabu dalam bekas gula-gula

Tuesday, November 21, 2017

Sembunyi syabu dalam bekas gula-gula

Sembunyi syabu dalam bekas gula-gula

BINTULU  â€" Taktik pengedar dadah menyimpan syabu di dalam bekas gula-gula untuk menyembunyikan kegiatan terbongkar dengan tertangkap seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun di sini semalam.

Ketua Polis Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, suspek ditangkap pada jam 7.30 malam semalam di sebuah rumah tidak bernombor di dalam kilang papan di Kemena, Bintulu berikutan maklumat daripada orang awam.

“Pemeriksaan di ruang tamu rumah tersebut menjumpai satu bekas gula-gula yang mengandungi 21 bungkus plastik kecil lutsinar disyaki dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuklipli berkata, dadah tersebut dipercayai jenis syabu dengan berat keseluruhan sebanyak 8.5 gram dan dianggarkan bernilai RM1,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tinggal di negara ini tanpa permit sah mengikut Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment