Kebakaran ragut nyawa 4 beranak

Tuesday, November 14, 2017

Kebakaran ragut nyawa 4 beranak

Kebakaran ragut nyawa 4 beranak

GEORGETOWN: Empat beranak termasuk dua kanak-kanak maut selepas terperangkap dalam kebakaran di Pengkalan Weld di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa dipercayai tidur di bilik tingkat atas dan tidak menyedari api marak di tingkat bawah, menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.

Mangsa setakat ini disahkan seorang wanita berusia 62 tahun, wanita warga China berusia 35 tahun, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan kanak-kanak perempuan lapan tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 pagi.


ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa kebakaran di Pengkalan Weld, Georgetown, pagi tadi. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

"Dua jentera bersama 20 anggota dan pegawai dari Balai Lebuh Pantai serta Balai Jalan Perak dihantar ke lokasi.

"Sebaik tiba, kita mendapati sebuah rumah kluster terbakar hampir 60 peratus dan jiran memaklumkan ada penghuni di kediaman berkenaan.

"Bomba segera mengawal kebakaran sebelum api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.10 pagi tadi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pemeriksaan menemui tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak berada dalam tandas di ruang tamu rumah, manakala mayat seorang kanak-kanak ditemui di bilik tingkat atas rumah.

Ketika ini, pegawai Bahagian Penyiasatan Kebakaran Bomba sudah memasuki lokasi kebakaran bagi mengesan punca kebakaran.


EMPAT beranak termasuk dua kanak-kanak maut selepas terperangkap dalam kebakaran di Pengkalan Weld, Georgetown, pagi tadi. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment