Isi secara talian memudahkan proses permohonan bantuan

Tuesday, November 21, 2017

Isi secara talian memudahkan proses permohonan bantuan

Isi secara talian memudahkan proses permohonan bantuan

GEORGETOWN - Kesemua mangsa banjir yang layak menerima Bantuan Bencana dan Ribut secara one-off berjumlah RM700 digalakkan mengisi borang secara atas talian (online) bagi memudahkan proses permohonan dijalankan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, mangsa yang terlibat dalam bencana banjir pada 5 November lalu, kini boleh membuat pendaftaran bermula hari ini bagi memohon bantuan kecemasan tersebut.

Menurutnya, mereka boleh mengisi borang permohonan secara atas talian melalui laman sesawang www.penangbangkit.com atau boleh mendapatkannya di pusat khidmat Kadun berkaitan.

"Pemohon perlu ke pusat khidmat Kadun mengikut lokasi kerosakkan yang dinyatakan dalam permohonan mereka. Pemohon perlu menyediakan salinan kad pengenalan, salinan slip bank atau buku bank.

"Bagi mereka yang mempunyai alamat berbeza daripada alamat di kad pengenalan, pemohon perlu mengemukakan bil utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Bekalan Air (PBA) atau Telekom Malaysia di atas nama dan alamat mereka," katanya kepada media tadi.

Guan Eng menambah, borang yang dicetak (hardcopy) telah disediakan bermula hari ini dan pemohon boleh mendapatkannya untuk diisi.

Menurutnya, mangsa yang menerima sumbangan daripada Bantuan Bencana Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang melebihi RM700 tidak akan dipertimbangkan.

Namun, bagi yang menerima Bantuan Bencana TYT Pulau Pinang kurang dari RM700 masih boleh dipertimbangkan namun keputusan pertimbangan akan dimaklumkan selepas 16 Disember.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment