BH menang 2 kategori Anugerah Media Johor

Monday, November 20, 2017

BH menang 2 kategori Anugerah Media Johor

BH menang 2 kategori Anugerah Media Johor

JOHOR BAHRU: Wartawan BH memenangi dua kategori pada Anugerah Media Johor, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, hari ini.

Mohd Fahmi Mohd Yusof memenangi anugerah kategori Berita Sukan Terbaik menerusi dua laporannya bertajuk 'The Black Cat' Jadi Hero Insiden Tebusan dan Sapu Minyak Silinder Motosikal Pada Kasut Bola.

Mohamed Farid Noh mengungguli Kategori Berita Pembangunan Terbaik menerusi laporannya bertajuk Bambangan Bunuh Sel Barah Payudara.

Jurugambar NSTP, Muhammad Syarafiq Abd Samad pula memenangi kategori Fotografi Alam Sekitar Terbaik menerusi laporannya bertajuk Banjir Air Pasang Besar, yang disiarkan oleh BH.

Wartawan NST, Halim Said, memenangi kategori Berita Pembangunan Terbaik menerusi laporannya bertajuk Ensuring Education For All, manakala jurugambar NSTP, Zulkarnain Ahmad Tajuddin memenangi kategori Fotografi Minat Insani Terbaik menerusi laporannya bertajuk Tangisan Paus Sesat dalam Harian Metro.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, trofi dan sijil. 

Pada majlis itu, wartawan Bernama, Lucia Terey Ak John, memenangi Anugerah Khas Menteri Besar dan membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil serta trofi.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Presiden Kelab Media Johor, Muhamad Fauzi Ishak. 

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menerusi ucapannya yang dibacakan oleh Ayub berkata, kebanjiran maklumat menerusi Pengumpulan Berita Elektronik (ENG) masa kini turut memberi cabaran kepada arus media konvensional dalam menyampaikan maklumat tepat dan sahih.

Anugerah Media Johor kali ini mempertandingkan 34 kategori membabitkan media cetak dan media elektronik, termasuk fotografi minat insani, penyiar radio, wartawan dan jurukamera televisyen serta liputan berita TV terbaik. 

Pada penganjuran kali ini, sebanyak 356 penyertaan diterima berbanding 364 pada tahun lalu, mewakili empat bahasa yang dipertandingkan, selain kategori fotografi, televisyen dan radio.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment