Ada scammer telefon Datuk Seri Vida minta duit

Monday, November 20, 2017

Ada scammer telefon Datuk Seri Vida minta duit

Ada scammer telefon Datuk Seri Vida minta duit

IPOH - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mendakwa cuba ditipu beberapa individu tidak dikenali meminta wang melalui panggilan telefon.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, panggilan itu diterimanya sekitar jam 12.45 tengah hari tadi daripada seorang lelaki yang mengatakan akaun bank terpaksa disekat kerana perbuatan jenayah.

Katanya, individu terbabit kemudian mengaitkan dirinya dengan kegiatan mengedar dadah menyebabkannya panik seketika sebelum menghubungi peguam.

"Bila dia kata saya terlibat jual dadah saya bagitau saya jual Pamoga, Qu Puteh. Saya tak jual dadah. Lepas tu saya terus call peguam.

"Dia dah last stage nak ambil duit saya. Mujurlah saya telefon peguam saya dan tahu itu scam," katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang, di sini, malam tadi.

Sidang media itu juga turut disiarkan secara langsung melalui Facebook beliau.

Sementara itu, Vida mahu kegiatan scam ini dibongkar dan didedahkan kepada umum sebagai pengajaran.

Beliau turut meminta pihak polis menjalankan siasatan terhadap kegiatan jenayah scam ini agar lebih ramai tidak tertipu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment