Everton pecat Ronald Koeman

Monday, October 23, 2017

Everton pecat Ronald Koeman

Everton pecat Ronald Koeman

LONDON: Everton memecat pengurus Ronald Koeman apabila kelab itu terperosok ke zon penyingkiran selepas kekalahan 2-5 kepada Arsenal di gelanggang sendiri, semalam.

Pengurus berasal dari Belanda itu berkhidmat sejak 16 bulan lalu dengan menyaksikan Everton membelanjakan wang yang tinggi untuk memantapkan pasukan pada jendela perpindahan lalu, namun hanya menang dua daripada sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

"Kelab Bola Sepak Everton mengesahkan Ronald Koeman sudah meninggalkan kelab," kata Everton dalam satu kenyataan menerusi Twitter sebentar tadi.

Koeman, 54, menyertai Goodison Park selepas cemerlang ketika mengendalikan Southampton.

Dia kini menjadi pengurus ketiga di EPL musim ini yang dipecat susulan prestasi merudum selepas Frank de Boer oleh Crystal Palace pada permulaan musim, dan Craig Shakespeare oleh Leicester, minggu lalu. - REUTERS



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment