Tiada hasrat dedah laporan CEP kepada umum: PM
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat mendedahkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) kepada umum.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tugas CEP adalah untuk menyiasat dan mengemukakan laporan kepada beliau untuk tindakan selanjutnya.
"Tugas mereka adalah untuk menyiasat.
"Sama ada saya terima atau tidak adalah urusan saya tetapi tanggungjawab utama mereka adalah menyediakan maklumat yang saya perlukan untuk saya membuat kepurusan,รข katanya selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Cities 4.0 + Business 4.0, di sini, hari ini.
CEP ditubuhkan sejurus selepas PH membentuk kerajaan melalui pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei lalu.
Majlis penasihat itu dianggotai lima tokoh terkemuka negara dengan Tun Daim Zainuddin bertindak sebagai pengerusi.
Anggota lain ialah Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara) Tan Sri Hassan Merican (bekas presiden Petronas) Tan Sri Robert Kuok (tokoh korporat) dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi).
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment