Suruhanjaya Sekuriti sedang teliti LavidaCoin

Monday, August 27, 2018

Suruhanjaya Sekuriti sedang teliti LavidaCoin

Suruhanjaya Sekuriti sedang teliti LavidaCoin

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti maklumat sedia ada mengenai LavidaCoin bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti.

Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata ini berikutan pihaknya menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran LavidaCoin kepada orang ramai.

“Kertas putih tersebut mendakwa bahawa LavidaCoin ditawarkan sebagai satu inisiatif pembiayaan swasta untuk pengumpulan modal/dana bagi pembangunan tiga projek.

“Kertas putih tersebut juga mendakwa bahawa hanya melalui pembiayaan ramai sahaja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan itu,” kata SC.

Sehubungan itu, SC menasihati orang ramai untuk mengambil langkah sewajarnya dan berwaspada terhadap risiko terlibat dalam mana-mana skim pelaburan, terutama skim membabitkan mata wang kripto dan token digital. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment