Selera Pulau Pinang di Taiping

Sunday, August 26, 2018

Selera Pulau Pinang di Taiping

Selera Pulau Pinang di Taiping

TAIPING - Bagi peminat makanan jalanan yang popular di Pulau Pinang, anda tidak perlu lagi ke Pulau Mutiara itu kerana ia telah dibawa ke Taiping.

Menariknya lagi, ia dihidangkan secara eksklusif di Hotel Taiping Perdana dengan harga yang sangat berpatutan.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Taiping Perdana, Mohd Hailme Abdul Khamis, pemilihan makanan jalanan Pulau Pinang sebagai tema disebabkan ia mempunyai peminat yang tersendiri.Beliau berkata, Pulau Pinang mempunyai kepelbagaian jenis makanan yang sangat unik dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan juga pelancong.

"Pemilihan tema ini juga untuk merealisasikan matlamat hotel yang ingin  memperkenal dan memberi peluang kepada masyarakat sekitar Taiping khususnya untuk merasai sendiri suasana makanan jalanan Pulau Pinang yang sangat popular di Malaysia.

"Fokus dan matlamat hotel kami juga bukan sahaja tertumpu kepada pelanggan dari bandar Taiping tetapi juga pelanggan yang datang melancong dan menginap di sini yang kebanyakannya datang dari negeri luar," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hailme berkata, menariknya lagi, pelanggan dapat menikmati makanan ini dalam masa singkar yang dimasak secara langsung menerusi gerai yang disediakan.

Katanya, antara makanan-makanan yang disediakan seperti pasembur, kuey teow goreng, mi sambal sotong, laksa, mi kari, kerang bakar dan sebagainya.

Menurut beliau, pihaknya turut menawarkan harga yang sangat menarik bagi makanan yang disajikan bermula dari RM2 hingga RM6.

"Perkara paling penting yang menjadi keutamaan kami sudah tentulah aspek kebersihan semasa proses menyediakan makanan untuk pelanggan.

"Pada masa sama kualiti makanan juga menjadi perkara yang diberikan perhatian agar tetamu di hotel kami dihidangkan dengan makanan yang sangat menyelerakan," katanya.

Orang ramai yang ingin merasai kelainan makanan jalanan di Pulau Pinang boleh ke D'Terrace Hotel Taiping Perdana yang disediakan khas sehingga 30 September ini.

Promosi makanan jalanan Pulau Pinang ini boleh dinikmati setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam 5 petang hingga 9 malam.

Senarai makanan dan harga:

Kuey teow goreng - RM6

Mi sambal sotong - RM6

Laksa - RM6

Mi kari - RM6

Kerang bakar - RM6

Lok-lok - RM6

Pasembur - RM6

ABC campur - RM3

Teh tarik - RM2



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment