'Alhamdulillah, satu lagi fitnah diperbetulkan'

Monday, August 27, 2018

'Alhamdulillah, satu lagi fitnah diperbetulkan'

'Alhamdulillah, satu lagi fitnah diperbetulkan'

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur satu lagi fitnah terhadap kerajaan BN sebelum PRU14 telah diperbetulkan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sebelum ini ramai pemimpin PH mendakwa bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di negara ini ialah sebanyak 300,000 orang.

Bagaimanapun, katanya, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman telah mengesahkan di  Dewan Negara bahawa jumlah tersebut hanya 3,853 orang.

“Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.

“Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu,” katanya di laman Facebooknya, hari ini.

Menurut Najib, ketika pentadbirannya sebelum ini beliau sentiasa memberi keutamaan untuk bertindak adil terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Kita tidak pernah mengabaikan hak-hak mereka jika mereka benar-benar layak untuk mendapat kewarganegaraan.

“Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali, namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimipin PH kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000. Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN,” katanya.

Najib turut bertanya sama ada pemimpin PH akan meminta maaf atas pendedahan sebenar tersebut.

“Kini, ramai pemimpin PH yang memainkan isu ini telah dilantik menjadi menteri dalam kerajaan baru.

“Dengan pendedahan kerajaan PH mereka sendiri tentang jumlah kes yang benar, adakah pemimpin-pemimpin PH ini akan meminta maaf kerana telah ‘tersalah kira’ dua tempat titik perpuluhan?,” sindirnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment