Pas hargai jabatan amal bantu cari mangsa hilang
KUANTAN - Pas Pahang menghargai jasa dan pengorbanan anggota Jabatan Amal Pahang dan Jabatan Amal Kuantan yang terlibat dalam membantu pihak berkuasa dalam misi mencari dan penyelamat (SAR) kakitangan Perhilitan, Ahmad tarmizi Ahmad Japli, 30 yang hilang di hutan Taman Negara, kelmarin.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar juga bersyukur apabila mangsa ditemui dalam keadaan selamat selepas hampir dua minggu operasi SAR digerakkan.
Menurutnya, sebelum ini anggota Jabatan Amal Kuantan sering terlibat dalam pelbagai misi kerja kebajikan dan misi penyelamat seperti gotong royong, bantuan banjir dan misi penyelamat mangsa lemas.
âIni kali pertama anggota jabatan ini terlibat dalam misi penyelamat mencari mangsa hilang di dalam hutan.
âSemoga pengalaman meredah hutan sejauh hampir tiga kilometer, mendaki bukit, meredah selut dan bermalam di dalam hutan akan menguatkan lagi jati diri serta memantapkan gerak kerja kebajikan Jabatan Amal Kuantan,âkatanya.
Rosli berkata, atas pengorbanan yang dicurahkan itu, pastinya akan memberikan impak yang baik kepada perjuangan Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Anggota Senoi Praaq bantu kesan renjer]
[ARTIKEL BERKAITAN: Renjer Perhilitan hilang 14 hari ditemui selamat]
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment