Nasib wartawan Reuters ditentukan 3 September
YANGON - MYANMAR. Mahkamah Myanmar menangguhkan keputusan hukuman ke atas dua wartawan Reuters yang didakwa melanggar undang-undang kerahsiaan negara itu ketika melaporkan krisis Rohingya dengan menetapkan tarikh baru, minggu hadapan.
âKeputusan akan diumumkan pada 3 September,â kata hakim daerah, Khin Maung Maung ketika perbicaraan di mahkamah Yangon, sambil menambah hakim yang bertanggungjawab tidak sihat.
Penangguhan keputusan itu memanjangkan tempoh menunggu buat Wa Longe, 32 dan Kyaw Soe Oo, 28 yang sudah ditahan di penjara Insein selama lapan bulan.
Kedua-dua wartawan ditahan Disember tahun lalu atas tuduhan memiliki bahan terlarang, mereka ditahan selepas menghadiri makan malam polis di Yangon.
Mereka didakwa melanggar akta kerahsiaan negeri yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun. - AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment