Maut dilanggar ketika lintas jalan
KOTA BHARU - Seorang warga emas maut dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan di Jalan Pantai Cahaya Bulan - Kota Bharu, pagi tadi.
Kejadian berlaku pada jam 7.30 pagi menyebabkan mangsa, Mohd Yusoff Awang,69, cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebelum kemalangan berhampiran jambatan Badang itu, mangsa dikatakan melintas jalan dari kanan ke kiri jalan.

âKetika melintas, sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja berusia 17 tahun yang dalam perjalanan ke sekolah dipercayai melanggar mangsa.
âJarak dikatakan terlalu dekat menyebabkan penunggang gagal mengelak lalu terlanggar mangsa,â katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat, manakala pelajar tingkatan lima berkenaan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment