Harga gula turun 10 sen berkuat kuasa 1 September

Sunday, August 26, 2018

Harga gula turun 10 sen berkuat kuasa 1 September


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah berkenaan diambil selari dengan situasi harga gula mentah di pasaran dunia yang semakin menurun.

Beliau berkata, gula merupakan barang yang dikawal bekalan dan harganya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan dijual pada harga terkawal.

“Ketika ini, setiap kg gula pasir kasar ialah berharga RM2.95 dan RM3.05 bagi gula pasir halus. Berkuatkuasa 1 September ini harga diturunkan sebanyak 10 sen sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

“Diharapkan penurunan harga gula ini akan dapat mengurangkan kesan berangkai ke atas harga makanan dan minuman di pasaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini-UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment