Amaran KPDNHEP: Jangan naik harga sebelum SST
GEORGETOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada pembekal yang mahu menaikkan harga barang menjelang pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu jelas melanggar undang-undang kerana kerajaan masih belum mengumumkan barangan yang akan dikenakan cukai bermula 1 September.
âPihak kementerian sedar tentang perkara ini, beberapa pengeluar barangan pengguna telah mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan bahawa mereka akan menaikkan harga barang.
âKita mengikuti perkara ini, ada beberapa item yang merupakan keperluan pengguna di mana pembekal telah mengeluarkan surat memaklumkan kepada peruncit bahawa harga barangan akan dinaikkan.
âKita sudah kenal pasti pembekal-pembekal ini. kita akan ambil langkah perlu bagi memastikan hak pengguna terjaga dan terpelihara,â katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan karnival Saya Sayang Malaysia di Sunshine Square, Bayan Baru, di sini, malam tadi.
Menurutnya, tidak mungkin kenaikan harga itu boleh berlaku kerana Kastam masih belum mengumumkan barangan yang akan dikenakan SST.
âTiba-tiba pembekal ini mendahului dengan mengeluarkan surat kepada peruncit. Kementerian mengikuti dengan dekat perkara ini.
âPerkara ini sudah sampai ke pengetahuan saya. Kita tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan dan mereka harus ada sebab yang kuat,â katanya.
Saifuddin juga tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku selepas Kastam mengadakan pertemuan dengan pemain industri baru-baru ini.
âHasil daripada pertemuan itu maka pemain industri ini sudah mengambil langkah awal tanpa menyedari bahawa ia adalah satu pelanggaran undang-undang,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment