'Adam Rayqal tunggu kami di syurga'
KUALA TERENGGANU - âSaya tahu Adam Rayqal akan tunggu kami bersama di syurga," kata Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, bapa kepada bayi malang yang mayatnya disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuhnya.
Mohd Sufi yang ditemui dalam keadaan sebak turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu mencari anaknya.
âWalaupun kita tahu kita mengharap yang terbaik untuk jumpa Adam Rayqal tetapi ALLAH lebih sayangkan dia.
âKalau ada yang share (kongsi) gambar yang tidak sepatutnya, minta tolong hormati privasi arwah,â katanya.
Sementara itu, ibu kepada Adam Rayqal, Farrah Madihah Othman, 28, yang berada di samping suaminya kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu menangis.
Jenazah bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di sini, jam 10.30 malam tadi.
Sebelum itu, jenazah bayi berkenaan tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah jam 9.53 malam untuk disembahyangkan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment