Polis serbu sarang penagihan dadah di Bintulu

Sunday, July 22, 2018

Polis serbu sarang penagihan dadah di Bintulu

Polis serbu sarang penagihan dadah di Bintulu

BINTULU - Dua warga asing adalah antara 18 orang ditahan oleh polis dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Bintulu-Miri semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Sahar Abdul Latif berkata, serbuan yang dilakukan pasukan JSJN Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak itu, setelah mendapat maklumat dan risikan mulai 9 pagi hingga 3.30 petang semalam.

“Hasil intipan dan serbuan seramai 25 lelaki ditahan, kesemua lelaki tersebut menjalani ujian saringan awal air kencing dengan keputusan ujian mendapati 18 lelaki positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sahar berkata, 18 orang yang ditahan tersebut berumur 16 hingga 43 tahun tidak mempunyai rekod jenayah terdiri daripada 16 warga tempatan, seorang warga Filipina dan seorang warga Indonesia.

“Kesemua 18 lelaki tersebut ditahan di lokap Balai Polis Sentral Bintulu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri,” katanya lagi. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment