Mat Don berubat di Jerman

Sunday, July 22, 2018

Mat Don berubat di Jerman

Mat Don berubat di Jerman

PERANCANG utama Lang Merah, Liridon Krasniqi kini sedang menjalani proses pemulihan kecederaan paha kirinya di Munich, Jerman sebelum dijangka kembali pulang ke Alor Setar untuk bersama pasukan pada penghujung bulan ini.

Pengurus pasukan Liga Super Kedah, Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata, pemain kelahiran Kosovo itu perlu mendapatkan rawatan segera dan alatan terkini untuk proses pemulihan berada di luar negara.

Menurutnya, Liridon sendiri mengambil inisiatif tersebut dan sanggup membayar sendiri kos rawatan untuk segera pulih.

“Beliau dijangka balik ke Kedah semula pada 29 Julai ini untuk kembali bersama pasukan selepas mendapatkan rawatan kecederaannya di Jerman.

“Sebelum ini pada beberapa perlawanan terdahulu, Liridon terpaksa disuntik ubat tahan sakit selepas mengalami kecederaan left hamstring gref 1 tear tersebut sejak dua bulan lalu,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Syed Khairol Anuar berkata, beliau mengakui pasukan tersebut kekurangan pemain utama selepas dilanda kecederaan serta penggantungan dan berharap pemain gantian terutamanya pemain muda dapat mengalas cabaran pasukan sebaik mungkin.

Jelasnya, pihaknya perlu akur dengan nasihat doktor supaya beberapa pemain utama seperti Liridon diberikan rehat agar kecederaan otot pahanya dapat segera pulih.

“Kami sangat mengharapkan agar Liridon dan pemain lain yang cedera akan kembali pulih untuk segera bergabung bersama pasukan,” katanya.

Pada aksi Liga Super 2018 bertemu PKNS pada 26 Jun di Stadium Darul Aman, pemain tersebut terpaksa dibawa keluar kerana tidak mampu lagi untuk meneruskan permainan.

Selepas kejadian tersebut, atas nasihat pasukan perubatan Kedah, khidmat Liridon terpaksa dilupakan bagi baki saingan liga super kerana perlu berehat dan dijangka akan kembali membuat penampilan pada saingan Piala Malaysia 2018 pada Ogos depan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment