PKNP bawa pulang gol semangat
âKITA bawa pulang keputusan positif dari Kuantan,â
Itu reaksi ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim ketika mengulas kejayaan kesebelasan anak didiknya mengikat gergasi Liga Malaysia, Pahang 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darulmakmur kelmarin.
Abu Bakar berkata, keputusan berkenaan secara tidak langsung menghidupkan sedikit peluang PKNP untuk mara ke final kali ini, terutamanya apabila memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan.
Bagaimanapun menurutnya, kesebelasan anak didiknya itu telah mengharungi tekanan hebat hasil asakan kesebelasan Tok Gajah di sepanjang aksi suku akhir pertama berkenaan.
âSyukur kita dapat mengikat Pahang dan sekali gus dapat mengelak daripada kekalahan yang besar pada suku akhir yang pertama.
âAwal lagi kita sedar berdepan pasukan yang kuat seperti Pahang ditambah pula bermain di Darulmakmur.
âPemain berjaya beri tentangan sengit kepada lawan tanpa mengira rekod cemerlang Pahang di laman sendiri.
âIni seterusnya menghidupkan sedikit peluang kita pada aksi suku akhir kedua di tempat sendiri yang dijadualkan berlangsung pada 1 Julai ini,â katanya.
Pada aksi suku akhir pertama berkenaan, pelawat terlebih dahulu mengejutkan Pahang hasil jaringan Ahmad Sukri Hamid minit ke-13.
Bagaimanapun, pemain tuan rumah Wan Zahrulnizam menyamakan kedudukan pada minit ke-26.
Sementara itu, Abu Bakar memberikan pujian kepada aksi mantap kesebelasan pemain PKNP kerana berjaya mengekang asakan jentera serangan Pahang yang diterajui penyerang import.
Malah katanya aksi pemain muda, Mohd Sabir yang diturunkan buat kali pertama dalam kesebelasan utama cukup membanggakan.
âSemua pemain beraksi dengan baik terutamanya bagi mengekang asakan jentera Pahang, paling penting mental pemain PKNP pada malam ini (kelmarin) juga kuat,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment