Penunggang motosikal maut kemalangan

Sunday, June 24, 2018

Penunggang motosikal maut kemalangan

Penunggang motosikal maut kemalangan

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan babit sebuah kereta di persimpangan jalan Simpang Lima, jam 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dari arah Batu Pahat masuk ke simpang jalan menuju ke Parit Sulong setelah lampu isyarat berwarna hijau.

Katanya, dengan tiba-tiba sahaja sebuah motosikal jenis Suzuki yang ditunggang mangsa, Abd Rozan Abdul Kadir, 32, keluar dari arah bertentangan dan terus merempuh kereta dari jenis Proton Saga berkenaan.

“Akibat pelanggaran yang berlaku itu, penunggang motosikal terbabit tercampak beberapa meter sebelum disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Pemandu kereta dan penumpangnya turut mengalami kecederaan dan kini dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Wahib berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dilakukan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment